Tuesday, 9 November 2010

MISTERI KAUM MUSLIM HUNZA

Untuk tidak menghampakan kekawan yang ingin tahu khasiat Evergreen Centella (EC) berikut adalah butiran berkenaan, untuk makluman dan pengetahuan kita semua. Saya sendiri telah mencuba, alhamdulillah khasiatnya sangat memuaskan.



Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!

Khasiat Evergreen Centella (EC):
Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.

Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.

Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).

Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.

Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.

Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).

Komposisi :
Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.

Harga SM : RM55.00 sebotol.


Wednesday, 3 November 2010

ENSIKLOPEDIA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM

Ensiklopedia Keputusan Pilihan Raya Umum, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 1959 hingga 2004. Keluaran yang pertama dalam sejarah penerbitan di Malaysia. Disusun dan disemak secara terperinci oleh pelbagai pihak.
  • Memaparkan kesemua fakta terperinci senarai kerusi, calon-calon yang bertanding dan semua keputusan undi.
  • Fakta bagaimana pilihan raya mempengaruhi iklim politik tanah air, perubahan demografi pengundi dan pemecahan kawasan pilihan raya yang sentiasa berubah.
  • Pelbagai persoalan ' Apa dan Mengapa', 'Siapa dan Di mana', serta 'Bila dan Bagaimana' terjawab dengan membaca dan merujuk ensiklopedia ini.
  • Sangat sesuai dijadikan rujukan oleh pengkaji dan penganalisa sosiopolitik.
  • Rujukan para pelajar menengah dan siswa-siswi di pusat pengajian tinggi (IPTA & IPTS).


Ensiklopedia ini mengandungi 5 jilid dan dijual dengan harga RM 1,280.00 per set.
Pesanan boleh dibuat dengan bayaran tunai atau pesanan kerajaan.
Pertanyaan lanjut sila hubungi :





NetTiara Sendirian Berhad
Tel : 013-6463 744
E-mail : nettiara.sb@gmail.com

Tuesday, 2 November 2010

ENSIKLOPEDIA KESENIAN DAN WARISAN ISLAM

Ensiklopedia ini boleh menjadi sumber rujukan penting khususnya kepada para pelajar, golongan pendidik, para sejarawan dan masyarakat umum. Semoga ensiklopedia ini dapat menyumbang ke arah memperkayakan khazanah penerbitan buku di Malaysia.


Keistimewaan Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam

  • Sebagai bacaan tambahan dan rujukan kepada para pembaca yang ingin menambah pengetahuan terutama dalam bidang keagamaan.
  • Mengandungi maklumat pelbagai bidang ilmu keagamaan seperti Usuluddin, Sejarah Islam, Syariah, Tasawuf, Tokoh, Istilah dan ilmu-ilmu lain.
  • Disertakan dengan fakta-fakta tambahan, terjemahan Al-Quran dan gambar-gambar yang berkaitan.
  • Entri disusun mengikut abjad.
" Bacalah! 
Ensiklopedia ini diusahakan atas kesedaran untuk berdakwah dan menyebar luas ilmu. Ratusan cendiakawan, sarjana, pensyarah dan pengarang menyumbangkan tulisan, idea dan pengalaman secara kolektif. Ensiklopedia ini adalah kepunyaan anda."

Haji Hasan Hamzah
Penerbit


Ensiklopedia ini mengandungi 14 jilid dan dijual dengan harga RM 1,850.00 per set.
Pesanan boleh dibuat dengan bayaran tunai atau pesanan kerajaan.
Pertanyaan lanjut sila hubungi :





NetTiara Sendirian Berhad
Tel : 013-6463 744
E-mail : nettiara.sb@gmail.com


Saturday, 30 October 2010

ENSIKLOPEDIA PENYATA RASMI PARLIMEN (1995 - 2007 )

Ensiklopedia Penyata Rasmi Parlimen atau Encyclopedia of Hansard ini berjaya diterbitkan untuk bacaan umum. Penerbitan memberi peluang masyarakat umum untuk mengetahui semua perbahasan oleh para Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Senator di Dewan Negara. Pembaca juga akan dapat memahami proses yang berlaku di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara walaupun tidak berpeluang untuk menghadiri persidangan. Perkataan Hansard sebenarnya mengambil sempena nama Thomas C. Hansard yang pernah berkhidmat sebagai Cleark of the House of Commons, United Kingdom. Penggunaannya diikuti pula oleh negara-negara Komenwel yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala-Westminster seperti Kanada, Australia, Afrika Selatan, New Zealand dan Singapura. Ensiklopedia ini diterbitkan secara berperingkat-peringkat bermula dari tahun 1959 - 2007.





" Ensiklopedia ini boleh menjadi sumber rujukan penting kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, pengamal undang-undang, kakitangan kerajaan, para sejarawan, pengkaji selidik sosioekonomi, para peljar dan masyarakat umum. Semoga ensiklopedia dapat menyumbang ke arah memperkayakan khazanah penerbitan buku di Malaysia"

- YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Ensiklopedia ini mengandungi 138 jilid dan dijual dengan harga RM 69,000.00 per set.
*Pembelian boleh di buat mengikut tahun.

Pesanan boleh dibuat dengan bayaran tunai atau pesanan kerajaan.

Pertanyaan lanjut sila hubungi :






NetTiara Sendirian Berhad
Tel : 013-6463 744
E-mail : nettiara.sb@gmail.com







Thursday, 28 October 2010

ASSIGMENT KE-6

Amanah yang diberi telah saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Kalau ada kekurangan harap ditegur supaya dapat saya perbaiki mana yang kurang. Terima kasih kepada kekawan yang Nang saya. TQ.


Wednesday, 27 October 2010

UMNO vs PAS - DUN N45 GALAS

 Assalamualaikom. Salam Ukhwah.

SIAPA MENANG? YANG MENANG TAK MENANG SEMUA, YANG KALAH TAK KALAH SEMUA....

Mari kita sama-sama tumpukan perhatian kita kepada Piliharaya Kecil Dun Galas. Walaupun kita tak minat berpolitik atau tak suka politik, hendak tak nak kita kena ambil tahu perihal yang melibatkan kepimpinan negara Malaysia yang kita cintai. Tak kisah parti apa yang kita sokong, yang penting negara kita aman dan damai.

Berikut adalah fakta tentang pilihanraya kecil Dun Galas.


Pilihan raya kecil Galas 2010 merupakan pilihanraya kecil ke-12 yang diadakan di Malaysia selepas pilihanraya umum ke 12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Chek Hasim Chek Sulaima. Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4hb November 2010 manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober 2010.




VS 



Setiausaha UMNO bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas. Manakala Dr Zulkefli Mohamad, pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang diumumkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai calon PAS untuk bertanding sebagai wakil Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak

VS

Datuk Nik Aziz Nik Mat





 Sejarah pilihan raya

Tahun ADUN Parti Lawan Parti lawan Majoriti
1986 Zakaria Hasan BN-100px.jpg BN Ibrahim Renjar PAS-100px.jpg PAS 2139
1990 Omar Mohamed S46.gif S46 Zakaria Hasan BN-100px.jpg BN 2705
1995 Omar Mohamed S46.gif S46 Zakaria Hasan BN-100px.jpg BN 893
Pak Nil Weil Akim.png AKIM
1999 Mohamad Saufi Deraman BN-100px.jpg BN Zulkifli Mohamad Parti Keadilan Rakyat.png PKR 2264
2004 Mohamad Saufi Deraman BN-100px.jpg BN Che Hashim Sulaima PAS-100px.jpg PAS 1729
2008 Che Hashim Sulaima PAS-100px.jpg PAS Mohamad Saufi Deraman BN-100px.jpg BN 646

 

Kalau berdasarkan fakta-fakta di atas siapa yang akan menang...?

Note:

Warga Kelate yang layak mengundi, jgn lupa balik kampung untuk mengundi. Undi jagan tak undi...rugi.




Sunday, 24 October 2010

JOM MAKAN AYAM ORGANIK


Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

 Ayam Organik Siap Proses

Menurut Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.
“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Sumber : HPA

MAI JOINT MY RED EYES