Wednesday 27 October 2010

UMNO vs PAS - DUN N45 GALAS

 Assalamualaikom. Salam Ukhwah.

SIAPA MENANG? YANG MENANG TAK MENANG SEMUA, YANG KALAH TAK KALAH SEMUA....

Mari kita sama-sama tumpukan perhatian kita kepada Piliharaya Kecil Dun Galas. Walaupun kita tak minat berpolitik atau tak suka politik, hendak tak nak kita kena ambil tahu perihal yang melibatkan kepimpinan negara Malaysia yang kita cintai. Tak kisah parti apa yang kita sokong, yang penting negara kita aman dan damai.

Berikut adalah fakta tentang pilihanraya kecil Dun Galas.


Pilihan raya kecil Galas 2010 merupakan pilihanraya kecil ke-12 yang diadakan di Malaysia selepas pilihanraya umum ke 12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Chek Hasim Chek Sulaima. Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4hb November 2010 manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober 2010.




VS 



Setiausaha UMNO bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas. Manakala Dr Zulkefli Mohamad, pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang diumumkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai calon PAS untuk bertanding sebagai wakil Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak

VS

Datuk Nik Aziz Nik Mat





 Sejarah pilihan raya

Tahun ADUN Parti Lawan Parti lawan Majoriti
1986 Zakaria Hasan BN-100px.jpg BN Ibrahim Renjar PAS-100px.jpg PAS 2139
1990 Omar Mohamed S46.gif S46 Zakaria Hasan BN-100px.jpg BN 2705
1995 Omar Mohamed S46.gif S46 Zakaria Hasan BN-100px.jpg BN 893
Pak Nil Weil Akim.png AKIM
1999 Mohamad Saufi Deraman BN-100px.jpg BN Zulkifli Mohamad Parti Keadilan Rakyat.png PKR 2264
2004 Mohamad Saufi Deraman BN-100px.jpg BN Che Hashim Sulaima PAS-100px.jpg PAS 1729
2008 Che Hashim Sulaima PAS-100px.jpg PAS Mohamad Saufi Deraman BN-100px.jpg BN 646

 

Kalau berdasarkan fakta-fakta di atas siapa yang akan menang...?

Note:

Warga Kelate yang layak mengundi, jgn lupa balik kampung untuk mengundi. Undi jagan tak undi...rugi.




13 comments:

Syed Nizam Syed Omar said...

artikel yang baik..siap ada dengan ulasan dan data yang cukup..buat sendiri ke?...

psst..awak undi apa?...hehehe
undi anda adalah rahsia...

nettiara said...

Info ni sy dapat daripada SPR, sy sendiri ada ensiklopedia keputusan pilihanraya dari 1965 - 2004 dan ensklopedia penyata parlimen 1995 - 2007. Sangat baik untuk buat kajian tentang politik. Kalau nk jadi YB pun ensiklopedia ni pun bagus..

Saya sokong sape?
Saya dari dulu, kini dan selamanya adalah penyokong Arsenal...he..he..he..

nettiara said...

@nizam : ensiklopedia tu pun sy ada jual gak...ha..ha..ha..

nun beauty empire said...

ni org kuat politik yea......

*German 4ever ^_^

Syed Nizam Syed Omar said...

hehe..oo..orang kuat ni.
Macam2 betul perniagaan ye..Jutawan nanti.Kena pandai promosi barang lah,Buat blog pasal apa barangan yang nak jual.Baru lah masuk...

saya boleh jadi perunding..makan persent je..hehehe

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W

~daknakaltomey~ said...

@norulhuda : koooning ye makcik ^_^

~daknakaltomey~ said...

sempat promote...bgs bgs. hehe. pakcik, de org tu kte dia nk jd puteri UMNO. pakcik jd la putera UMNO. hahaha

Kulat76 said...

semoga calon yang menang dapat memikul tanggungjawab tehadap rakyat... rakyat memilih untuk membela nasib mereka, so sape yang menang kene la bekerja untuk rakyat...

nettiara said...

@nizam: ok boleh2, tp jadi consultant siap tlg buat blog sekali, ok ke?

Syed Nizam Syed Omar said...

nakal betul daknakaltomey..hehehe..
tak tengok tv9?pasal Facebook..menarik jugak.tadi layan ilum alam ghaib..

Syed Nizam Syed Omar said...

ho.ho..siap kena buat blog...payah ni.kalau bagi nasihat aje boleh lah.cas free je.tolong2 rakan sebangsa se-islam.

farah nordin said...

emmm.... walau apa pun pilih la pemimpin bukan kerana parti... ceh wah... hihi

nun beauty empire said...

@daknakaltomey: yeah!!! kooning!!!

MAI JOINT MY RED EYES