Saturday, 30 October 2010

ENSIKLOPEDIA PENYATA RASMI PARLIMEN (1995 - 2007 )

Ensiklopedia Penyata Rasmi Parlimen atau Encyclopedia of Hansard ini berjaya diterbitkan untuk bacaan umum. Penerbitan memberi peluang masyarakat umum untuk mengetahui semua perbahasan oleh para Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Senator di Dewan Negara. Pembaca juga akan dapat memahami proses yang berlaku di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara walaupun tidak berpeluang untuk menghadiri persidangan. Perkataan Hansard sebenarnya mengambil sempena nama Thomas C. Hansard yang pernah berkhidmat sebagai Cleark of the House of Commons, United Kingdom. Penggunaannya diikuti pula oleh negara-negara Komenwel yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala-Westminster seperti Kanada, Australia, Afrika Selatan, New Zealand dan Singapura. Ensiklopedia ini diterbitkan secara berperingkat-peringkat bermula dari tahun 1959 - 2007.





" Ensiklopedia ini boleh menjadi sumber rujukan penting kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, pengamal undang-undang, kakitangan kerajaan, para sejarawan, pengkaji selidik sosioekonomi, para peljar dan masyarakat umum. Semoga ensiklopedia dapat menyumbang ke arah memperkayakan khazanah penerbitan buku di Malaysia"

- YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Ensiklopedia ini mengandungi 138 jilid dan dijual dengan harga RM 69,000.00 per set.
*Pembelian boleh di buat mengikut tahun.

Pesanan boleh dibuat dengan bayaran tunai atau pesanan kerajaan.

Pertanyaan lanjut sila hubungi :






NetTiara Sendirian Berhad
Tel : 013-6463 744
E-mail : nettiara.sb@gmail.com







8 comments:

Syed Nizam Syed Omar said...

mahal nya...kalau badan berkanun dan kerajaan bolh lah beli..syarikat besar.petronas,felda..universiti..

saya tak da idea mcm mana nak pasarkan..

nettiara said...

Ensiklopedia ni memang mahal, tapi mana2 pihak yg betul2 berminat kita blh bagi diskaun. Kita target semua kementerian beli 1 set. sekarang dh jual 10 set, 8 set jual kpd universiti, 2 set je baru jual kt kementerian. So peluang untk buat duit sgt luas. 10% diperuntukkan kpd sesiapa yg introduce kpd mana2 kementerian sehingga terjualnya ensiklopedia ini. Cubalah, mana tahu ada rezeki....:)

Aku MamaGlam said...

oh br ku tahu ada buku mcm ni.. takpa, promote kt ahli parlimen.. patut dorang2 ni yg p beli n baca. br la parlimen kita tu tak riuh ngan isu2 yg ntah apa2 jer.. sian rakyat yg undi tuh..

nettiara said...

@Mama G: YB ni mana ada masa nk baca ensiklopedia ni, sibuk berpolitik. Tu yang masing2 tk faham etika dlm parlimen. Insyallah ensiklopedia ni boleh membantu. Klau ada yg berminat inform k. tq.

Syed Nizam Syed Omar said...

oh,ada yang dah jual ye.Alhamdulilah saya doa kan agar di murahkan rezeki ye.Amin..Lama dah menghilangkan diri..sibuk dengan perniagaan ye..

Nuffnang: Statistik Kunjungan Blog

nettiara said...

@Nizam: memeang dh ada yg dijual, tp peluang masih luas untuk kementerian.

Bukan sibuk, buat2 sibuk he..he..he..

farah nordin said...

wow... bestnya kalau dapat memiliki 1...

Syed Nizam Syed Omar said...

buat2 sibuk..hehehe

MAI JOINT MY RED EYES