Amanah yang diberi telah saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Kalau ada kekurangan harap ditegur supaya dapat saya perbaiki mana yang kurang. Terima kasih kepada kekawan yang Nang saya. TQ.
Pages
Thursday, 28 October 2010
Wednesday, 27 October 2010
UMNO vs PAS - DUN N45 GALAS
Assalamualaikom. Salam Ukhwah.
SIAPA MENANG? YANG MENANG TAK MENANG SEMUA, YANG KALAH TAK KALAH SEMUA....
Mari kita sama-sama tumpukan perhatian kita kepada Piliharaya Kecil Dun Galas. Walaupun kita tak minat berpolitik atau tak suka politik, hendak tak nak kita kena ambil tahu perihal yang melibatkan kepimpinan negara Malaysia yang kita cintai. Tak kisah parti apa yang kita sokong, yang penting negara kita aman dan damai.
Pilihan raya kecil Galas 2010 merupakan pilihanraya kecil ke-12 yang diadakan di Malaysia selepas pilihanraya umum ke 12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Chek Hasim Chek Sulaima. Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan
Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4hb November 2010 manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober 2010.
VS
Setiausaha UMNO bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas. Manakala Dr Zulkefli Mohamad, pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang diumumkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai calon PAS untuk bertanding sebagai wakil Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil ini.
Dato' Seri Najib Tun Razak
VS
Datuk Nik Aziz Nik Mat
Sejarah pilihan raya
| Tahun | ADUN | Parti | Lawan | Parti lawan | Majoriti | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1986 | Zakaria Hasan | Ibrahim Renjar | 2139 | |||||||
| 1990 | Omar Mohamed | Zakaria Hasan | 2705 | |||||||
| 1995 | Omar Mohamed | Zakaria Hasan | 893 | |||||||
| Pak Nil Weil | ||||||||||
| 1999 | Mohamad Saufi Deraman | Zulkifli Mohamad | 2264 | |||||||
| 2004 | Mohamad Saufi Deraman | Che Hashim Sulaima | 1729 | |||||||
| 2008 | Che Hashim Sulaima | Mohamad Saufi Deraman | 646 | |||||||
Kalau berdasarkan fakta-fakta di atas siapa yang akan menang...?
Note:
Warga Kelate yang layak mengundi, jgn lupa balik kampung untuk mengundi. Undi jagan tak undi...rugi.
Sunday, 24 October 2010
JOM MAKAN AYAM ORGANIK
Yang ditunggu sudah tiba!
Umat islam di negara ini tidak lagi perlu
berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam
disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi
sebelum diedarkan. Ini kerana HPA kini
melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci
kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri
penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.
Lebih menarik ialah reban ternakan
menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan
penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan
dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat
islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran
sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya
datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan
sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang
bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun
mambu yang cukup baik untuk kesihatan.
Ayam Organik Siap Proses
Menurut Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon,
vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan
sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka
cepat besar.
“Makanan ayam organik ini bukannya seperti
dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan
herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih
tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan
ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti
halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik,
tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan
sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam
organik HPA”.
“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita
tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus
cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor
ayam organik sehari.
Sumber : HPA
Saturday, 23 October 2010
INSYAALAH -Semuanya akan ok...
Salam.
Khas untuk kawan2, hayati lagu ini dengan penuh keinsafan....
Selamatkan Baitulmuqqadis
Batu Tergantung Baitulmuqadis
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way

Friday, 22 October 2010
ISTANA NURUL IMAN
Tahukah anda?
Kediaman Rasmi Sultan Hasanah Bolkiah, iaitu Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Bengawan
direkodkan sebagai rumah terbesar di dunia. Istana ini memiliki 1,778 bilik, 257 bilik air dan keluasan
lantainya pula ialah 2,152,782 kaki persegi.

Istana Nurul Iman
Thursday, 21 October 2010
Wednesday, 20 October 2010
DEMAM DAN MUHASABAH
Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.
Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.
Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.
Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.

Subscribe to:
Posts (Atom)